greyishpinkyblueyblackie

information for students

Proses Kejadian Hujan

on April 24, 2012

Pernahkah anak-anak terfikir bagaimanakah terjadinya hujan…??

Rajah di bawah menunjukkan proses kejadian hujan…

Pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti berikut:
Digerakkan dengan tiupan angin
Gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
Berkumpul
Kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar.
 
Melonggok
Apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok.
Perkembangan menegak ini menyebabkan jasad awan menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
Itulah penerangan yang dapat cikgu kongsikan mengenai proses kejadian hujan. Akhir kata daripada cikgu, hujan merupakan rahmat daripada Tuhan. Semoga kita sentiasa bersyukur apabila hujan turun, dan bukannya mengeluh…

9 responses to “Proses Kejadian Hujan

  1. malyee says:

    wah… cantiknye hujan cikgu… 🙂

  2. addasue says:

    godlah kamu punya blog

Leave a comment